Saturday, May 12, 2018

UNTOLD STORY PART 1

GELAP

Kau lihat langit,
Gelap, mendung,
Terdetik di kalbu,
Mengapa?
Mengapa harus gelap?
Dimana cahaya?


Kau lihat rumah itu,
Kosong.
Dulunya, di situ ada cahaya,
Cahaya kegembiraan,
Cahaya kehidupan,
Sekarang yang tinggal hanya gelap ruang yang kosong.


Kau pandang bawah,
Tiada lagi bayang gelap,
Yang dulunya senantiasa bersama kau,
Yang tinggal kini,
Hanya kau seorang.


Dunia kini sudah gelap,
Kelam,
Tiada lagi cahaya menyinari.
Kau lihat dia,
Indah benar dunianya,
Ada cahaya dikelilingnya,
Dan kau lihat diri kau,
Hanya gelap menguasai.


Sesalan kau hanya sia-sia,
Terlambat sudah,
Dunia kau kini,
Selamanya gelap, 


Kerna,
Mati itu tiada patah baliknya.